Jumaat, 22 April 2016

Team 099: SPY AGENT

Bahagian 1

           Cuaca pada pagi itu sungguh baik dan menenangkan hati. Suatu susuk tubuh keluar menuju ke balkoni di biliknya. 

           Orang itu menarik nafas panjang. "Selamat pagi dunia!!" jerit Najwa sekuat hatinya. Apabila menyedari ada orang memandangnya,terus dia lari masuk semula ke dalam biliknya.

            Tiba-tiba ada orang mengetuk pintu biliknya. 

            "Oi.. Bisingla... Pagi buta lagi dah jerit tak tentu pasal." adiknya, Amsyar membuka pintu biliknya.

            Najwa menjelingnya. "Suka hati la.." dia menjelir lidahnya. "Macam budak-budak je..." Amsyar menjelirnya kembali.

            Najwa memandangnya dengan poker face. "Dah pergi cepat. Nak pergi sekolah kejap lagi." Naj menolak adiknya keluar.

            "Tak perlu rasanya nak tolak. Am ada kaki la." adiknya memandang Naj sinis.

             "Memang ada kaki, sayangnya tak pandai nak guna." Naj memulangkan paku buah keras. Kemudian, dia menghempas pintunya.

              Naj memandang jam tangannya sekilas. "Baru pukul lima. Bolehla layan komik kejap.." Naj melihat koleksi komik kegemarannya di rak buku.

              Tiba-tiba kedengaran suara Am. "Pergi mandilah! Jangan nak layan komik atau telefon!" jerit Am dari biliknya.

             "Tahulah! Bising je! " Naj melaung kembali.

Di sekolah...
             
             Naj dan Am berjalan bersama-sama menuju ke tapak perhimpunan. Tiba-tiba...

             "Aduh..." Am terjatuh lalu cepat-cepat disambut Naj.

             "So..Sor..Sorry! Aku tak sengaja."Perempuan itu meminta maaf dengan bersungguh-sungguh.

             Baru sahaja Am mahu memarahi perempuan itu, dia terpandang wajah perempuan itu. Tiba-tiba dia merasakan jantungnya berdegup kencang. 

             'Apasal ni??' luahnya dalam hati.

             "Err..Ok tak?" perempuan itu semakin risau apabila Am hanya memandangnya dan tiada tindakbalas bergerak.

             "O..Ok je..Lain kali hati-hatilah ye.." hatinya menjadi lembut ketika itu. Naj yang berasa pelik memandangnya aneh.

             Apabila perasan muka Am yang dreamy tu, terus Naj mengangkat kening sebelahnya menunjukkan isyarat 'Taula suka, jangan pandang lama-lama, haram..'

             Am terus bangun dan berkata "Oklah, bye. Eh jap, awak nama apa? Kelas mana?" Am merenungnya.

             'Ceh..Berawak-awak pulak..'Naj menjeling Am.

             "Err.. Nama Khairiah. Panggil kayya je. Kelas tak tahu lagi sebab saya ni murid baru. Eh oklah, kena pergi kat pejabat ni. Bye! " Kayya terus lari menuju ke pejabat.

              "Suka la tu.." Naj memandangnya mengejek.

              "Mana ada.." Am senyum sumbing.

Bersambung...
 
              

Tiada ulasan: