Khamis, 21 April 2016

Team 099: SPY AGENT


Sinopsi:

Najwa dan adiknya tersekat di suatu situasi di mana mereka menjumpai bilik tanah rahsia di bawah rumah rakan mereka ketika sedang mengadakan sesi study group. Naj, Am ,Kayya dan Erin tiba-tiba dilibatkan dalam suatu kes misteri. Mereka dikehendaki menyiasat tentang kejadian aneh yang sering berlaku di Setapak, Kuala Lumpur. Mereka berempat disatukan dengan Adam, Nisa dan Alia untuk membentuk suatu kumpulan spy. Naj dan Kayya yang mudah belajar dan dinaikkan ke taraf elit dicemburui orang lain lalu Naj disabotaj untuk menyelesaikan misinya. Dapatkah dia membimbing kumpulannya dan menyelesaikan misinya sementara kumpulannya pula akan berpecah-belah? Erin pula akan berdepan dengan fobianya sepanjang misi ini. Apakah yang akan berlaku? Bacalah siri pertama Team 099:SPY AGENT untuk mengetahuinya..


AKAN DATANG..
         

YOU & ME

Bahagian 3

              Hari ini hari kedua persekolahan. Najwa bangun awal untuk ke sekolah. Entah mengapa pada hari itu dia bangun sendiri tanpa bantuan apa-apa. Terus sahaja dia turun setelah bersiap-siap.
  
              "Morning!!" katanya ceria sambil senyum.

               Ramai orang memandangnya pelik.

               "Kenapa? Ada apa-apa ke kat muka Naj??" Najwa memegangg wajahnya. Tak ada apa-apa pun.

                Tiba-tiba adiknya Nadzmi, memegang dahi Najwa.

                "Apasal pula ni??" Najwa mengerutkan keningnya apabila dipandang seperti makhluk asing.

                 "Dia tak demam la mama!!" jerit Nadzmi tiba-tiba.

                "Hmm..yela. Peliknya.." jawab ibunya pula.

                 Muka Najwa mula merah kerana marah. "Hmph... Tak boleh ke nak bangun awal??" mulut Najwa memuncung.

                 "Dah,dah...Cepat makan sarapan. Nanti nak pergi sekolah." kata ayahnya pula yang baru sahaja turun.

                 "Ok.." jawab Najwa pendek.

Di sekolah..

                  "Pagi semua.." sesampainya di sekolah Najwa terus menegur rakan-rakan sekolahnya yang sudah sampai.

                  "Pagi!" jawab mereka semua serentak.

                    Untuk mengisi masa lapang sementara menunggu perhimpunan bermula, Najwa mengambil kesempatan itu untuk mengenali rakan sekelasnya dengan lebih rapat.

                    Tiba-tiba, datang seorang lelaki mendekati mereka.

                     " Wei, Najwa!" jerit lelaki itu.

                     "Apa wei-wei, tak ada adab ke? Kau ni siapa?" terkejut semua budak perempuan atas perubahan sikap Najwa yang mendadak apabila bercakap dengan lelaki.

                      Lelaki itu berdehem. 'Apasal dia ni? Kerek betul.' detik Najwa dalam hatinya. 

                      "Kau tak kenal aku siapa?" kata lelaki itu sambil membetulkan rambutnya.

                       'Nak muntah aku tengok dia ni... Action je lebih..' Najwa menjelingnya.

                        "Yang aku tau kau ni mamat kerek yang tiba-tiba datang kacau orang." Najwa senyum sinis.

                        Terus muka lelaki itu jadi macam kerang busuk. "Apa kau cakap?!" lelaki itu menjeling Najwa semula.

                        Najwa tidak melayan lelaki itu lagi. 'Malas layan mamat ni..' Najwa memusingkan kepalanya memandang rakan-rakannya.

                        Muka lelaki itu merah. "Memandangkan kau tak kenal aku, aku akan perkenalkan diri aku.Aku ni Mizan la. Budak paling bijak kat sini." kembang hidung lelaki itu sambil bercakap.

Bersambung...